Microsoft Word (Picture Editing)

11 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2022, telah diadakan Pembelajaran Microsoft Word (Picture Editing) menggunakan Microsoft Word bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama dua pelajar Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Adik Ayman dan adik Hakim ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada staf PEDi bagi tujuan membantu beliau membuat laporan bergambar mengenai peralatan-peralatan yang berada di sekolah. Staf PEDi menunjukkan cara untuk memasukkan gambar ke dalam templete laporan dan cara melaraskan gambar dengan ukuran yang sama. Di samping itu juga, Staf PEDi turut mengajar cara mudah untuk tukar gambar sedia ada kepada gambar lain tanpa perlu melaras ukuran gambar tersebut. Peserta berjaya menyiapkan laporan bergambar dengan format yang betul dan tersusun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali