Program KDB Talk Sempena Cuti Sekolah

14 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2022, telah diadakan Program KDB Talk Mengenai “Buli siber dan Maklumat Palsu” bertempat di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir. Program KDB Talk ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

KDB talk ini adalah Kerjasama antara PEDi Kluster Jempol Utara Bersama Pusat Komuniti Desa Serting Ilir. Antara PEDi yang terlibat adalah PEDi Felda Pasoh 2, PEDi Felda Pasoh 3, PEDi Felda Sungai Lui, PEDi Kampung Serting Ulu dan PEDi Kampung Lonek.

KDB talk Buli Siber telah disampaikan oleh Mohd Azizan daripada PEDi Serting Ulu manakala KDB talk Maklumat Palsu disampaikan oleh Nuryatul daripada PEDi Felda Pasoh 2. Terdapat juga sesi soal jawab bagi topik KDB talk dan Sukaneka berkumpulan untuk para peserta yang hadir. Sesi yang terakhir adalah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali