SSM Online Registration

15 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2022, telah diadakan sesi pembelajaran “SSM Online Registration” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama Puan Norsida merupakan salah seorang usahawan di Felda Pasoh 2. Staf Pusat Internet membantu beliau untuk mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian buat pertama kalinya di Web Rasmi SSM. Staf memberi garis panduan untuk mendaftar ke dalam web rasmi SSM, serta memastikan usahawan mengisi setiap maklumat yang diperlukan oleh SSM. Di samping itu, Staf Pusat Internet turut mengingatkan usahawan tersebut mengenai keselamatan mencipta kata laluan yang selamat bagi mengelakkan akaun SSM digunakan oleh orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali