Create Facebook Page

11 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2022, telah diadakan Kelas Usahawan Bersama Usahawan-usahawan Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Sesi pembelajaran bertajuk Create Facebook Page. Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan tempatan mempromosikan produk mereka, memperkembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi dalam talian pada smartphone atau personal komputer. Peserta diajar untuk membuat facebook page mengenai produk jualan dan mempromosikan produk kepada rakan facebook yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali