Advokasi Penyantunan Seksual Dalam Talian

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2022, telah diadakan Advokasi Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Advokasi ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sesi ini bermula dengan menyanyi Sambil menari bersama kanak-kanak Tabika KEMAS. Setelah itu sesi advokasi mengenai penyantunan seksual dalam talian. Antun seksual dalam talian ialah apabila seseorang menggunakan internet untuk membina hubungan emosi dengan kanak-kanak bawah umur 18 tahun bagi mendapatkan kepercayaan mereka untuk tujuan eksloitasi seks atau pemerdagangan manusia. Staff menerangkan contoh-contoh cara menentukan sama ada seseorang merupakan pengantun seksual dan apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya seseorang kanak-kanak itu terlibat. Oleh itu, peranan ibu bapa juga amat penting dititikberatkan dalam membendung masalah ini. Sebagai contoh, ibu bapa perlu pengenali rakan anak anda serta meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Kemudian sesi pembelajaran ICT bertajuk Pengenalan kepada Komputer. Staff menerangkan asas-asas komponan komputer kepada pelajar agar pelajar mengetahui fungsi-fungsi dan cara penggunaannya. Staff menyediakan contoh peralatan komputer lama supaya pelajar lebih jelas dan mudah dipahami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali