Pendaftaran Sekolah Secara Atas Talian

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2022, telah diadakan Pembelajaran berkaitan Pendaftaran Sekolah Secara atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran kali ini bersama salah seorang penjaga yang ingin mendaftarkan anak untuk bersekolah ke tahun satu. Penjaga belajar cara masuk ke dalam sistem pendaftaran tersebut dan cara-cara mengisi maklumat yang diperlukan ke dalam system tersebut. Di samping itu juga, penjaga diajar cara untuk muat naik dokumen tersebut dan menyimpan dokumen tersebut melalui aplikasi WhatsApp untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali