Shopee for Seller & Photoshoot Technique

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022, telah diadakan kelas Shopee for Seller dan Photoshoot Technique bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pembelajaran kali ini bersama para usahawan yang ingin menjual produk di akaun shopee seller. Para usahawan belajar cara –cara memasukkan gambar produk, maklumat produk seperti saiz, warna, harga dan kos pos untuk produk tersebut. Di samping itu juga, para usahawan belajar teknik-teknik mengambil gambar yang betul menggunakan mini studio. Usahawan juga belajar meletakkan props yang sesuai untuk mencantikkan gambar produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali