Pendaftaran Sekolah Secara Atas Talian

23 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2022, telah diadakan Pembelajaran berkaitan Pendaftaran Sekolah Secara atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Pembelajaran kali ini bersama salah seorang penjaga yang ingin membuat pendaftaran anak untuk memasuki tahun satu. Penjaga belajar cara memasukkan maklumat ibu bapa, maklumat anak dan maklumat kesihatan anak. Di samping itu, staf Pusat Internet turut membantu penjaga dalam menyemak maklumat yang telah diisi bagi membantu dan memudahkan urusan penjaga menghantar maklumat secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali