Kelas Shopee For Seller

15 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mei 2022, telah diadakan Kelas Usahawan Bersama Usahawan PEDi Felda Pasoh 2, bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi pembelajaran kali ini bersama salah seorang usahawan di bawah PEDi yang ingin mengemaskini semula akaun shopee seller. Usahawan juga turut mendapatkan tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk memasukkan produk-produk baru untuk dijual ke dalam akaun shopee seller beliau. Staf PEDi membantu usahawan dalam memberi garis panduan untuk memasukkan produk ke dalam shopee, memgemaskini maklumat akaun shopee seller seperti alamat perniagaan, pilihan kurier penghantaran, menetapkan auto balas mesej kepada pelanggan dan maklumat akaun bank usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali