Advokasi Bersama Pelajar Tahun 6

24 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2022, telah diadakan Sesi Advokasi Bersama Pelajar Tahun 6 di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Tajuk advokasi kali ini adalah Keselamatan Komputer. Staf PEDi memberi penerangan mengenai tanda-tanda komputer telah dijangkiti virus. Selain daripada itu, staf PEDi juga memberi penerangan cara-cara untuk menghindari virus masuk menyerang komputer peribadi pengguna dan sesi soal jawab dengan peserta bagi memastikan peserta faham mengenai keselamatan komputer. Di samping itu juga, terdapat aktiviti berkumpulan mencipta pantun sempena Hari Guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali