Advokasi : Maklumat Palsu

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2022, telah diadakan Sesi Advokasi bersama pelajar sekolah rendah Kebangsaan Pasoh 2 di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Tajuk advokasi kali ini adalah Maklumat Palsu. Peserta telah mendengar penerangan daripada Staf PEDi mengenai maksud maklumat palsu dan jenis-jenis maklumat palsu. Di samping itu juga, peserta juga turut diberi penerangan mengenai website sebenarnya.My yang boleh digunakan bagi menyemak maklumat palsu dan contoh-contoh kes penyebaran maklumat palsu serta cara bagi menyelakkan maklumat palsu tersebar secara meluas. Terdapat sesi quiz maklumat palsu menggunakan quizizz website bagi menguji kefahaman peserta terhadap topik Maklumat Palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali