Advokasi : Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Sindiket Penipuan Dalam Talian

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2022, telah diadakan Sesi Advokasi bersama pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Tajuk advokasi kali ini adalah Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Sindiket Penipuan Dalam Talian. Aktiviti scam atau penipuan menjadi semakin berleluasa dari hari ke hari hingga ke tahap yang sukar dikawal. Dan, dengan adanya kemudahan internet telah memudahkan para penipu untuk mencari mangsa. Staf Pusat Internet memberi penerangan mengenai cara-cara untuk mengelakkan sindiket penipuan dalam talian dengan mudah. Seperti jangan dedahkan maklumat peribadi anda dan jangan klik pautan pada email yang mencurigakan. Cara untuk mengelakkan scammer yang paling asas dan mudah adalah dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi anda di internet. Ini termasuk di laman sosial, forum, ruangan komen, aplikasi perbualan “chat messenger” dan lain-lain. Peserta dapat menerima dan memahami cara-cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian yang diterangkan oleh staf Pusat Internet. Kesimpulannya, Sindiket Penipuan dalam talian ini memberikan kesan yang sangat serius kepada mangsa. Setelah selesai sesi penerangan, staf memberi soalan kuiz mengenai sindiket penipuan dalam talian bagi memastikan peserta faham mengenai topik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali