Kelas Shopee For Seller

2 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2022, telah diadakan Kelas Usahawan Bersama Usahawan PEDi Felda Pasoh 2, bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi pembelajaran kali ini bersama usahawan PEDi yang ingin mengemaskini semula akaun shopee seller untuk memasukkan produk-produk perniagaan beliau. Staf PEDi membantu usahawan dalam memberi garis panduan untuk memasukkan produk ke dalam shopee, memgemaskini maklumat akaun shopee seller seperti alamat perniagaan, pilihan kurier penghantaran, menetapkan auto balas mesej kepada pelanggan dan maklumat akaun bank usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali