Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian

3 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2022, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Pendaftaran Tahun 1 Secara atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada kali ini, staf PEDi membantu penjaga membuat pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan yang baru secara atas talian. Staf PEDi memberi garis panduan cara-cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anak ke dalam sistem pengurusan sekolah. Selain daripada itu, Staf PEDi juga, membantu membuat semakan untuk setiap maklumat kanak-kanak yang diisi oleh penjaga ke dalam sistem tersebut. Setelah selesai membuat semakan mengenai maklumat yang diisi, penjaga perlu membuat pengesahan mengenai semua maklumat anak di dalam sistem pengurusan sekolah dan mencetak borang tersebut untuk dihantar kepada pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali