Advokasi Gangguan Seksual

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2022, telah diadakan sesi Taklimat Advokasi bertajuk “Advokasi Gangguan Seksual” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang. Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai gangguan seksual terutamanya melalui laman sesawang dan aplikasi sosial media seperti Facebook, Tiktok, Lit Match, Omi dan sebagainya.

Zaman ini, terdapat pelbagai aplikasi sosial media yang boleh meghubungkan manusia seluruh dunia bersemuka di alam maya, namun sebagai pengguna sosial media, peserta perlu bijak dalam berkongsi maklumat peribadi dan juga gambar kepada orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri menjadi mangsa gangguan seksual. Peserta juga diterangkan mengenai cara-cara untuk mengelak daripada pemangsa gangguan seksual. Peserta turut diingatkan untuk tidak berjumpa dengan rakan di alam maya bagi mengelakkan perkara yang tidak diiingini berlaku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali