Program Hari Kemerdekaan Kerjasama Tabika Kemas Felda Pasoh 2

1 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Ogos 2022, PEDi Felda Pasoh 2 dengan kerjasama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 telah menganjurkan Program Hari Kemerdekaan bertempat di PEDi Felda Pasoh 2 dengan melibatkan Semua agensi dalam Komuniti antaranya Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW), Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) dan Literasi. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya Pemeriksaan Kesihatan dan Pap Smear secara percuma, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak tabika bersama ibu bapa, Pertandingan Quizizz Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Pertandingan Sukaneka kanak-kanak, Sukaneka Pelatih PPDK Serta Pertandingan Sukaneka Terbuka.

Di samping itu, terdapat juga persembahan sajak kemerdekaan oleh Murid tahun 6 serta Talk Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk “Elak Penipuan Scammer”. Setelah selesai semua aktviti, sesi penyampaian hadiah dan sesi jamuan makan secara Potluck beramai-ramai. Program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua agensi. Pusat Internet mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali