Sistem Pengurusan Tanah atas Talian

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2. Pada kali ini, staf PEDi membantu peserta dalam pengisian borang A iaitu borang ambil alih harta pusaka secara atas talian di laman sesawang Sistem Pengurusan Tanah atas talian (MyeTapp). Peserta perlu memasukkan maklumat pemohon, maklumat pemilik geran yang telah meninggal dunia, maklumat waris serta maklumat geran untuk tujuan menukar nama pentadbir yang baru. Setelah selesai, peserta diigatkan untuk mengisi borang menyemak borang terlebih dahulu sebelum klik butang hantar, borang tersebut perlu dicetak untuk dihantar kepada pesuruhjaya sumpah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali