Pendaftaran MRSM Secara Atas Talian

13 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2022, telah diadakan sei Pembelajaran berkaitan Pendaftaran Masuk Ke MRSM bagi tingkatan 1 secara atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang murid tahun 6. Staf PEDi memberi garis panduan kepada Adriana untuk mengisi borang permohanan kemasukan ke MRSM secara atas talian. Staf telah membantu Adriana untuk mendaftar ke dalam system MRSM kemudian log masuk bagi mengisi maklumat peribadi, maklumat ibu bapa serta pilihan sekolah MRSM. Setelah selesai, Adriana hanya perlu hantar dan cetak borang permohonan sebagai rujukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali