Update SSM Online Registration

11 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2022, telah diadakan sesi pembelajaran “Update SSM Online Registration” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30-petang hingga 3.30 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama usahawan di Felda Pasoh 2. Staf Pusat Internet membantu beliau untuk mengemaskini maklumat perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian di Web Rasmi SSM. Staf memberi garis panduan untuk menjawab “Query” mengenai maklumat perniagaan yang telah diisi. Usahawan membuat pembetulan mengenai jenis perniagaan yang dijalankan. Maklumat “Query” usahawan telah berjaya dikemaskini dan sijil SSM usahawan telah diluluskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali