Penyediaan Resume

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2022, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Penyediaan Resume” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang komuniti dalam Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran membuat resume ini adalah menggunakah Microsoft word. Peserta di ajar cara memilih template Resume dokumen yang terdapat dalam Microsoft word. Kemudian, peserta hanya perlu menyusun maklumat yang diperlukan mengikut tetapan template tersebut serta memasukkan gambar. Setelah selesai memasukkan maklumat lengkap resume, peserta juga belajar cara menyimpan resume tersebut dalam bentuk fail PDF.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali