Teknik Fotografi Dan Asas Shopee Seller

8 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Jun 2022, telah diadakan sesi pembelajaran Teknik Fotografi dan asas Shopee Seller di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama usahawan di bawah Rakan Digital PEDi Felda Pasoh 2. Usahawan belajar mengenai teknik fotografi untuk memudahkan usahawan mengambil gambar produk dengan cara yang betul serta dapat menambah kemahiran baru.

Rakan Digital PEDi mengajar usahawan mengambil gambar produk-produk perniagaan usahawan menggunakan mini studio dan “prop” yang telah disediakan di PEDi ini. Di samping itu, Rakan Digital turut membantu usahawan dalam mendafarkan sebagai penjual di shopee akaun. Selain daripada itu, usahawan juga belajar cara untuk memasukkan gambar produk ke dalam akaun shopee dan mengemakini maklumat Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali