Kemaskini Maklumat Pelajar Secara atas Talian

4 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 03 November 2022, telah diadakan Pembelajaran berkaitan Kemaskini Maklumat Pelajar Secara atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang penjaga yang ingin mengemaskini maklumat persekolahan anak. Penjaga belajar cara masuk ke dalam sistem pengurusan sekolah dan cara-cara mengemaskini maklumat yang diperlukan ke dalam sistem tersebut. Di samping itu juga, penjaga diajar cara untuk muat naik dokumen tersebut dan menyimpan dokumen tersebut melalui aplikasi WhatsApp untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali