Pencarian Maklumat di Internet (Microsoft Word)

5 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Januari 2023, telah diadakan Pembelajaran Pencarian Maklumat di Internet bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Pembelajaran kali ini Bersama salah seorang Pelajar Sekolah Menengah Felda Pasoh 2. Peserta ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada staf PEDi bagi tujuan mencari maklumat di internet untuk rujukan pembelajaran. Staf PEDi menunjukkan cara mudah untuk membuat carian maklumat menggunakan google Chrome. Setelah itu, peserta juga diajar cara untuk “Copy Paste” maklumat tersebut ke dalam Microsoft word. Di samping itu juga, peserta belajar cara untuk mengubah saiz tulisan, memilih tulisan dan membuat perenggan menjadi tersusun dan kemas. Peserta juga di ajar cara untuk menyimpan maklumat dalam bentuk dokumen word dan PDF.

Kembali Ke Atas

kembali