Shopee Forget Pin Number (Online Class)

11 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Shopee Forget Pin Number (Online Class)” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 2.30 petang.

Pembelajaran kali ini adalah melalui aplikasi WhatsApp secara atas talian, bersama salah seorang usahawan PEDi Felda Pasoh 2. Staf PEDi membantu usahawan untuk reset semula nombor PIN Shopee kerana usahawan terlupa nombor PIN tersebut. Staf memberi garis panduan dengan menghantar Langkah-langkah untuk reset semula nombor PIN tersebut, bagi membolehkan usahawan membuat pengeluaran hasil jualan beliau di Shopee.

Kembali Ke Atas

kembali