Asas Microsoft Word

9 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Asas Microsoft Word” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Para peserta mempelajari cara penggunaan carta. Peserta mudah memasukkan data statistik laporan dengan menggunakan carta Collum, Pie, dan Line. Dengan mempelajari tiga jenis carta ini, peserta mahir dan mudah untuk membaca laporan berkenaan statistik. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk create time table menggunakan table di Microsoft word. Penggunaan table ini juga penting untuk memudahkan peserta dalam membuat sesuatu jadual. Seterusnya, peserta juga turut mempelajari format surat rasmi. Peserta mempelajari format surat rasmi yang betul, saiz, tulisan dan ayat yang bersesuaian serta format paragraph surat rasmi tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali