Basic ICT “Pengenalan kepada Komputer”

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk Basic Ict “Pengenalan Kepada Komputer” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Para peserta diberi penerangan mengenai peralatan komputer seperti monitor, tetikus, speaker dan papan kekunci. Selain daripada itu, peserta juga belajar mengenai fungsi papan kekunci bagi memudahkan peserta untuk menaip. Kemudian para peserta belajar menaip melalui website typing speed test. Di samping itu juga, peserta diberi Latihan untuk menaip karangan pendek bagi memastikan peserta mahir menaip.

Kembali Ke Atas

kembali