KDB TALK “Permainan atas Talian”

12 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Permainan atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi KDB Talk ini berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Pada kali ini, staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Permainan atas talian. Di samping itu juga, staf PEDi turut memberi penerangan mengenai kebaikan permainan atas talian serta keburukan permainan atas talian. Peserta juga mendapat tips untuk menjadi “Gamer” yang hebat. Selain daripada itu, peserta juga dipertontonkan dengan video permainan atas talian. Setelah selesai sesi talk, terdapat sesi soal jawab mengenai topik Permainan atas talian bagi menguji kefahaman para peserta terhadap topik tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali