Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint

14 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah Menengah Felda Pasoh 2. Para peserta diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Powerpoint. Para peserta belajar cara membuat slide dengan pelbagai layout. Para peserta juga belajar cara untuk memasukkan video dan lagu ke dalam slide. Di samping itu, peserta belajar cara untuk memasukkan transitions dan animations bagi mengawal pergerakan untuk menjadikan slide powepoint menarik untuk ditonton. Selain daripada itu, para peserta juga belajar cara untuk menukar slide presentation powerpoint kepada video.

Kembali Ke Atas

kembali