Permohonan MyLesen B2 atas Talian

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftar MyLesen B2 secara atas talian. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon di dalam Google Form, yang memerlukan pengisian maklumat peserta. Peserta perlu memastikan maklumat yang diisi tepat dan lengkap. Staf PEDi juga memberi tunjuk ajar cara untuk scan salinan kad pengenalan menggunakan applikasi Camscanner.

Kembali Ke Atas

kembali