Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp)

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta melengkapkan borang A, yang memerlukan pengisian maklumat untuk kategori harta alih dan harta tak Alih oleh waris yang terlibat. Peserta perlu memastikan maklumat yang diisi tepat dan lengkap.

Kembali Ke Atas

kembali