KDB Talk di Program Kem Anak Genius 2023 Anjuran Pusat Komuniti DESA (PKD) Serting Ilir

21 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2023, PEDi Pasoh 2 bersama PEDi Felda Pasoh 1, PEDi Kg Serting Tengah dan PEDi Raja Alias 1 menyampaikan KDB Talk di Program Kem Anak Genius 2023 anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir. Pogram ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir, Jempol, Negeri Sembilan.

Topik KDB yang telah disampaikan adalah mengenai Tohmahan Siber. Para peserta diberi penerangan mengenai maksud tohmahan siber, contoh tohmahan siber dan perkara yang perlu dielakkan agar tidak berlakunya tohmahan siber. Disamping itu juga, terdapat KDB games seperti dadu bertuah, permainan kereta api serta permainan “Siapa yang terpaling pantas”. Sesi terakhir adalah talk mengenai KITAR, kuiz KITAR serta cabutan bertuah.

Kembali Ke Atas

kembali