Cara Membuat Soalan Quizizz

13 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2023, telah diadakan Pembelajaran “Cara Membuat Soalan di Website Quizizz” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini Bersama Cik Insyarah, Tenaga Pengajar Giat MARA. Beliau telah mempelajari cara-cara membuat soalan di website quizizz. Staff PEDi telah memberi tunjuk ajar cara-cara membuat soalan quizizz. Antara yang perlu dilakukan oleh Cik Insyirah adalah membuat tajuk soalan, kemudian memilih jenis-jenis soalan sama ada secara objektif, padanan ayat dan gambar atau isi tempat kosong. Setelah itu, beliau hanya perlu memasukkan soalan dan juga jawapan serta memilih masa yang sesuai untuk peserta menjawab bagi setiap soalan tersebut. Setelah selesai, Cik Insyirah perlu simpan semua soalan yang telah dibuat dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk sesi soal jawab Bersama pelajar.

Kembali Ke Atas

kembali