Talk Klik Dengan Bijak (KDB) di Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2023, telah diadakan Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. PEDi Felda Pasoh 2 telah mendapatkan undangan untuk mengadakan “KDB Talk” kepada Ibu bapa dan juga penjaga yang hadir ke Majlis tersebut.

PEDi Felda Pasoh 2 telah menyampaikan KDB Talk bertajuk “Laman Web, Aplikasi dan Permainan dalam Talian yang Ibu Bapa Perlu Tahu” yang telah disampaikan oleh Rakan Digital PEDi dan Pengurus PEDi. Para ibu bapa dan penjaga diberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan internet serta aplikasi yang selamat untuk ibu bapa atau penjaga gunakan bagi memastikan anak-anak tidak menyalahguna aplikasi tersebut. Di samping itu juga, ibu bapa dan penjaga telah diperkenalkan dengan website yang boleh membantu mereka membuat semakan atau pilihan media yang bijak bagi memastikan setiap media yang digunakan oleh anak-anak adalah bersesuaian dengan umur mereka.

Selain daripada itu, sesi kuiz KDB turut diadakan untuk ibu bapa dan juga penjaga bagi memastikan mereka faham dan boleh mengambil langkah yang betul bagi memantau penggunaan media anak-anak mereka.

Kembali Ke Atas

kembali