Fun with Internet dan Hobi Saya

15 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Fun with Internet dan Hobi Saya” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah RendahFelda Pasoh 2. Sesi pembelajaran dimulakan dengan education games di website abcya.com. Para peserta bermain games “About Me” di mana para peserta perlu melengkapkan maklumat diri seperti nama, hobi, makanan kegemaran, warna kegemaran dan cita-cita.

Di samping itu juga, peserta belajar menaip mengenai “Hobi Saya”. Selain daripada itu, peserta turut belajar cara mencari gambar hobi menggunakan google chrome. Kemudian, para peserta belajar cara untuk copy gambar ke dalam micrsoft word. Para Peserta juga belajar cara menukar saiz gambar dan membuat frame pada gambar.

Kembali Ke Atas

kembali