Latihan Microsoft Powerpoint “About Me”

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Latihan Microsoft Powerpoint “About Me” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah Menengah Felda Pasoh 2. Kelas pada kali ini adalah untuk menilai tahap ingatan dan kefahaman pelajar mengenai Microsoft Powerpoint. Peserta diberi Latihan bertajuk About Me menggunakan Microsoft Powerpoint. Para peserta telah belajar cara membuat slide dengan pelbagai layout. Para peserta juga belajar cara untuk memasukkan video dan lagu ke dalam slide. Di samping itu, peserta belajar cara untuk memasukkan transitions dan animations bagi mengawal pergerakan untuk menjadikan slide powerpoint menarik untuk ditonton. Akhir sekali, setelah siap slide powerpoint, pelajar akan membentangkan hasil kerja About Me.

Kembali Ke Atas

kembali