Pendaftaran TUNS untuk Usahawan Negeri Sembilan

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Pendaftaran TUNS untuk Usahawan Negeri Sembilan di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama salah seorang usahawan PEDi Felda Pasoh 2. Pada kali ini, Staf PEDi membantu usahawan dalam pengisian borang permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) secara atas talian. TUNS adalah Bantuan Pembiayaan dalam bentuk Geran berjumlah sehingga RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja / Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Staf PEDi memberi garis panduan mengenai pengisian maklumat yang diperlukan bagi permohonan tersebut. Di samping itu juga, staf PEDi turut membantu usahawan, menyemak senarai dokumen yang diperlukan dan memastikan usahawan melengkapkan dokumen-dokument tersebut sebelum menekan butang hantar.

Kembali Ke Atas

kembali