KDB Talk “Permainan atas Talian” di SK Felda Pasoh 2

21 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Permainan atas Talian” bertempat di Sekolah Kebangsaaan Felda Pasoh 2. Sesi KDB Talk ini berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

Pada kali ini, Pihak PEDi telah mendapat undangan daripada pihak sekolah untuk satu Sesi Talk Klik Dengan Bijak (KDB) bersempena dengan Program Pembukaan Sekolah bagi sesi 2023. Staf PEDi telah memberi penerangan mengenai Permainan atas talian. Di samping itu juga, staf PEDi turut memberi penerangan mengenai kebaikan permainan atas talian serta keburukan permainan atas talian. Para Pelajar juga mendapat tips untuk menjadi “Gamer” yang hebat. Bersesuaian dengan konsep pengisian program pembukaan Sekolah tahun 2023, yang berbentuk Pendidikan dan informatif, pihak PEDi cuba menyampaikan dengan penuh informatif kepada semua pelajar sekolah.

Setelah selesai sesi KDB talk, sesi kuiz Bersama pelajar telah dijalankan, untuk tujuan menguji tahap kefahaman peserta terhadap tajuk KDB tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali