KDB Talk Tiktok Live “Membeli Belah atas Talian”

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2023, telah diadakan sesi KDB Talk Mengenai “Membeli Belah Atas Talian” di saluran Tiktok Live . Sesi live ini bermula dari jam 3.00 -petang hingga 3.40 petang.

Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf PEDi kepada pengguna tiktok yang lain. Staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Membeli belah secara atas talian. Selain daripada itu, Staf PEDi memberi penerangan mengenai kelebihan membeli belah secara atas talian. Di samping itu juga, staff PEDi turut menerangkan risiko-risiko membeli belah secara atas talian seperti laman web palsu, penipuan penjual, kebolehpercayaan penjual, caj tersembunyi, laman web yang tiddak tersulit dan isu standard keselamatan barang yang dibeli secara atas talian. Pengguna tiktok juga dinasihatkan supaya berhati-hati semasa berurusan jual beli Bersama penjual atas talian, pengguna perlu melakukan beberapa semakan dan pembacaan bagi memastikan bahawa itu adalah penjual sebenar dan bukannya penjual palsu. Hal ini bagi memastikan pembeli tidak mengalami kerugian.

Kembali Ke Atas

kembali