Carian Maklumat bersama Mr. Google dan Basic Microsoft Word

7 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Mac 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Carian Maklumat Bersama Mr.Google Dan Basic Microsoft Word” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Para peserta belajar cara mencari maklumat di google chrome dan cara membuat peta minda melalui maklumat tersebut di aplikasi Microsoft Word. Para peserta belajar cara mudah membuat peta minda menggunakan smartart. Disamping itu, peserta belajar cara memasukkan gambar, remove background pada gambar, memasukkan text box, memasukkan page number serta Header & footer pada setiap helaian muka surat tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali