Pendaftaran Sistem Identiti Pelajar

8 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Disember 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Sistem Identiti Pelajar” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Staf PEDi memberi garis panduan kepada penjaga untuk mendaftar ke dalam sistem Identiti Pelajar secara atas talian. Sistem ini digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pendaftaran persekolahan pelajar sekolah. Penjaga perlu mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem. Staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada penjaga cara mendaftar ke dalam sistem, kemaskini maklumat ibu bapa, maklumat anak dan maklumat kesihatan anak.

Kembali Ke Atas

kembali