Program Klik dengan Bijak di SMA DATO’ Haji Mustafa

2 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Februari 2023, telah diadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) anjuran MCMC Negeri Sembilan Bersama PEDi Kluster Jempol Utara. Program ini dijalankan di di Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa, Batu kikir. Porgram ini bertemakan “Literasi Maklumat” dan seramai 344 Pelajar telah hadir ke program ini.

Pelbagai aktiviti menarik KDB telah dijalankan, antaranya sesi taklimat booth, aktiviti permainan interaktif, KDB Talk dan kuiz pengetahuan keselamatan di Internet. Sesi KDB Talk ini telah disampaikan oleh Saudara Azizan bertajuk Keselamatan Komputer dan Saudari Fatehah menyampaikan tajuk “Permainan dalam talian”. Dengan adanya KDB talk ini dapat meningkatkan pengetahuan dan mendidik para pelajar dalam menjadi warga digital yang bijak. Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah Menangah Agama Dato’ Haji Mustafa atas Kerjasama yang cukup baik untuk pihak MCMC Negeri Sembilan dan PEDi Kluster Jempol menganjurkan program ini.

Kembali Ke Atas

kembali