Penghantaran TUNS dan Kemaskini SSM Secara atas Talian

4 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Februari 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Penghantaran boring TUNS dan sesi kemas kini SSM Online bagi Usahawan PEDi bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama salah seorang usahawan PEDi Felda Pasoh 2. Pada kali ini, Staf PEDi membantu usahawan membuat semakan terakhir sebelum menghantar borang permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) secara atas talian. TUNS adalah Bantuan Pembiayaan dalam bentuk Geran berjumlah sehingga RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja / Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.

Di samping itu juga, Usahawan turut belajar kemaskini sijil SSM secara atas talian. Staf PEDi memberi garis panduan kepada ushawan mengenai cara untuk memperbaharui sijil SSM dan cara untuk menambah bidang baru dalam sijil SSM tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali