Aplikasi Camscanner

8 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Februari 2023, telah diadakan Pembelajaran Pengguna Aplikasi Camscanner bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 4.30 petang hingga 4.40 petang.

Pembelajaran kali ini Bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2 iaitu encik Rizal. Staf PEDi telah memberi tunjuk ajar cara muat turun aplikasi camscanner pada telefon pintar encik Rizal. Di samping itu juga, Encik Rizal turut belajar cara menggunakan Camscanner dengan mengimbas satu dokumen untuk memastikan cara penggunaan camscanner tersebut. Selain daripada itu, staf PEDi turut menunjukkan cara untuk menyimpan dan menghantar dokumen yang telah di imbas kepada aplikasi yang lain seperti WhatsApp dan telegram.

Kembali Ke Atas

kembali