Fun with abcya.com

30 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Fun with abcya.com” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini, staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada Adik Muhammad yang berusia 4 tahun melalui website abcya.com dengan permainan mengenal huruf ABC.

Selain daripada itu, staf PEDi turut menyediakan puzzle ABC untuk adik Muhammad susun puzzle tersebut. Permainan melalui website abcya.com berserta puzzle ABC sangat membantu adik Muhammad untuk kenal dan hafal huruf tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali