Penggunaan Aplikasi Perbankan BSN

11 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2023, telah diadakan Pembelajaran Penggunaan Aplikasi Perbankan BSN bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2 iaitu Puan Aziraa.

Beliau mendapatkan pertolongan staf PEDi untuk membantu beliau dalam pembelajaran penggunaan aplikasi BSN. Staf PEDi membantu puan Aziraa mengaktifkan akaun perbankan aplikasi BSN. Selain daripada itu, staff turut menunjukkan cara untuk melakukan pemindahan wang ke akaun bank lain. Di samping itu juga, staf PEDi turut menunjukkan cara untuk melihat penyata akaun dan membuat pembelian topup melalui aplikasi BSN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali