STEM - Kereta Belon Merdeka

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “STEM - Kereta Belon Merdeka” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 Petang hingga 12.30 tengah hari. Pada kali ini Staf PEDi membuat aktiviti STEM dengan menghasilkan Kereta belon bersama pelajar sekolah Rendah. Antara bahan yang digunakan adalah botol air, straw, selotip, lidi sate, pen marker dan belon.

Sebelum memulakan aktiviti, peserta perlu membuat lukisan kemerdekaan pada botol mereka. Di samping itu, peserta membuat aktiviti ini dengan rujukan youtube dan bantuan staf PEDi. Setelah Berjaya menghasilkan kereta belon, staf PEDi memberi penerangan mengenai kereta belon tersebut bergerak disebabkan udara yang dikeluarkan dari belon menerusi straw boleh menghasilkan daya tolakan yang membolehkan kereta bergerak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali