Aktiviti STEM - Membina Bangunan

19 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Aktiviti STEM- Membina bangunan” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Aktiviti STEM kali ini iaitu menghasilkan bangunan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi.

Dalam aktiviti ini para peserta perlu mencari idea untuk menghasilkan bangunan yang stabil dan membuat bentuk bangunan yang kreatif dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Dalam aktiviti ini kestabilan dan rekabentuk bangunan adalah perkara yang dinilai oleh staf PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali