Pengisian Borang Perkahwinan Atas Talian

5 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Ogos 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pengisian Borang Perkahwinan Atas Talian” di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Pada kali ini staf PEDi membantu mendaftarkan peserta ke dalam system SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia. Di samping itu juga, staf PEDi memberi garis panduan kepada Peserta tentang cara pengisian borang perkahwinan atas talian, maklumat yang perlu diisi dan setelah selesai peserta perlu mencetak borang tersebut dan menyimpan nombor rujukan SPPIM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali