Kelas Usahawan Canva Editing

23 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Canva Editing” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini, staf PEDi memberi tunjuk ajar cara menggunakan canva kepada peserta bagi membuat poster untuk iklan promosi produk usahawan. Pada permulaan peserta perlu mendaftar ke dalam akaun canva.

Tujuan mendaftar adalah bagi memudahkan proses editing sekiranya hasil kerja tersebut memerlukan penambahbaikan. Setelah selesai sesi pendaftaran, peserta belajar cara memilih template yang bersesuai untuk poster produk. Selain daripada itu, peserta belajar cara memasukkan gambar, memilih tulisan dan mengedit template tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali