Canva Editing

25 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Canva Editing” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini, staf PEDi memberi tunjuk ajar cara menggunakan canva kepada peserta bagi membuat kerja kursus sekolah. Pada permulaan peserta perlu mendaftar ke dalam akaun canva.

Tujuan mendaftar adalah bagi memudahkan proses editing sekiranya hasil kerja tersebut memerlukan penambahbaikan. Setelah selesai sesi pendaftaran, peserta belajar cara memilih template yang bersesuai untuk projek kerja Kursus. Selain daripada itu, peserta belajar cara memasukkan gambar, memilih tulisan dan mengedit template tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali